Selamat Datang dan terima kasih diucapkan kpd pengunjung dan peminat 'conteng-conteng muka'. Gambar-gambar yg di 'upload' mungkin berbeza dari imej sebenar jika resolusi grafik anda rendah.

MAJLIS PERTUNANGAN NOR AZIMAH

MAJLIS PERTUNANGAN NOR AZIMAH (AZIE)
KAJANG, 23 OKTOBER 2010
SOLEKAN DAN TATARIAS TUDUNG : Eisya Rahman
FOTOGRAFI : Rahmat Hidayat

Orangnya kecil molek dan manis sekali. Jarang sekali sebarang kosmetik melekat di wajahnya. Bila saya menyiapkan solekan di wajah Azie, ternyata ramai yang terkejut. Seperti biasa, solekan pertunangan sentuhan saya adalah 'light & simple'. Solekan ini tidak 'mengubah' wajahnya tetapi menyerlahkan kecantikannya yang tersembunyi selama ini. Berkali-kali saya menatap, bukan sahaja org lain yang melihatnya tidak percaya malah saya sendiri pun rasa macam tak percaya. Warna biru yang menjadi warna tema untuk majlis pertunangan amat serasi dan menyerlahkan lagi aura 'cool'.

Gambar-gambar yang diambil oleh Rahmat Hidayat ini dan juga gambar-gambar yang lain, hanya di 'edit' paling minimum dari segi grafik dan warna dan tidak pada solekan kerana kami (Lestary Chinta Studio Team) ingin menampilkan keaslian solekan 'Touch By Eisya Rahman'

Kepada Azie dan pasangannya Radzi, Kak Sha mendoakan semoga jodoh ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Terima kasih atas segala layanan
mesra yang diberikan sewaktu kami menjayakan majlis Azie.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape