Selamat Datang dan terima kasih diucapkan kpd pengunjung dan peminat 'conteng-conteng muka'. Gambar-gambar yg di 'upload' mungkin berbeza dari imej sebenar jika resolusi grafik anda rendah.

LESTARY CHINTA ONLINE CONTEST - HARI RAYA CELEBRATION PICTURE

Di atas segala sokongan kepada Lestary Chinta Studio & Touch By Eisya Rahman, pihak kami berbesar hati menganjurkan 'ONLINE CONTEST' bagi menghargainya.

Kami mengalu-alukan penyertaan anda yang sentiasa mengikuti aktiviti Lestary Chinta Studio dan juga blog http://touch-by-eisya-rahman.blogspot.com/

Jom sertainya kerana ianya amat mudah, EMELKAN gambar Hari Raya anda dengan pose yang menarik ke eisya_rahman@ymail.com dan gambar anda akan dimasukkan di dalam album 'LESTARY CHINTA ONLINE CONTEST - HARI RAYA CELEBRATION PICTURE' di PAGE LESTARY CHINTA STUDIO.

Kemudian anda bolehlah SHARE gambar anda (memakai tudung/hijab digalakkan) yang cun dari PAGE LESTARY CHINTA STUDIO untuk mendapatkan lebih banyak LIKE. Peserta juga perlu menjadi FOLLOWER di www.lestary-chinta-studio.blogspot.com dan LIKE Page Lestary Chinta Studio di Facebook.

3 PEMENANG yang mendapat LIKE tertinggi pada jam 12 tengah malam, 1 Oktober 2012 akan di kira sebagai pemenang. 3 PEMENANG akan menerima hadiah 'MAKEUP MAKEOVER TOUCH BY EISYA RAHMAN & PHOTOSHOOT BY RAHMAT HIDAYAT' di Lestary Chinta Studio.

'MAKEUP MAKEOVER & PHOTOSHOOT' bagi pemenang hanya akan dilakukan di LESTARY CHINTA STUDIO, Puteri Park Plaza, Taman Putra, Ampang, Selangor. Ianya TIDAK BOLEH diganti dengan solekan pertunangan/pernikahan/persandingan jika anda tidak dapat hadir ke sesi Makeup Makeover & Photoshoot pada tarikh yang ditetap. Jika anda tidak dapat hadir, automatik hadiah dibatalkan dan diganti dengan peserta yang lain.

Jom ramai-ramai menyertainya, lagi cepat anda sertai...lagi banyak LIKE yang akan anda dapat.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 30 September 2012

Selamat Berjaya


- Klik pada gambar untuk imej besar -

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape