Selamat Datang dan terima kasih diucapkan kpd pengunjung dan peminat 'conteng-conteng muka'. Gambar-gambar yg di 'upload' mungkin berbeza dari imej sebenar jika resolusi grafik anda rendah.

KELAS SOLEKAN PERIBADI (ASAS)





KELAS SOLEKAN PERIBADI (ASAS)


Antara isi kandungan kelas ini adalah :

Asas Solekan
* Tip pemilihan barangan kosmetik
* Cara pemilihan bedak asas yang bersesuaian dengan warna kulit
* Teknik memilih bedak asas dengan cara yang betul
* Tip aplikasi bedak asas
* Teknik dan aplikasi 'shading' mengikut kesesuaian bentuk wajah
* Mengenali AURA warna 'warm' atau 'cool' diri untuk menyerlahkan lagi keserian solekan wajah

Aplikasi Solekan
* Mengenali jenis berus dan kegunaannya
* Teknik merapikan kening
* Peralatan solekan mata
* Teknik solekan mata (eyeshadow)
* Teknik aplikasi pemerah pipi (blusher)
* Teknik lukisan/solekan bibir
* Tip-tip solekan untuk siang/malam/ke pejabat/majlis rasmi/majlis makan malam


KEISTIMEWAAN kelas ini, anda akan diajar mengenai mengenali aura warna pada diri anda sendiri. Ini sangat penting untuk anda mengenalinya kerana ianya menyerlahkan imej diri dan solekan anda. Mungkin selama ini, anda tersalah pilih warna2 yang tidak sesuai dengan anda menyebabkan kurang berseri, nampak lebih tua dari usia sebenar dan tidak menarik. Jika anda tahu aura warna anda sendiri, anda tidak perlu lagi bersolek tebal kerana dengan pemilihan warna yang betul, akan terserlah solekan yang anda inginkan. Semoga kehadiran anda ke kelas ini membantu anda untuk tampil lebih berkenyakinan dan berseri.  

Selain itu, Peserta tidak perlu membawa sebarang alatan solekan kerana akan disediakan disepanjang tempoh pembelajaran. Peserta digalakan membawa penjagaan wajah seharian seperti pencuci muka, penyegar, pelembab dan tuala muka untuk diberi bimbingan mengaplikasikannya dengan cara yang betul. Pembelajaran adalah secara teori
& praktikal. Kelas ini juga sesuai untuk 'zero knowledge' mengenai solekan. 

Nota dan Sijil Kehadiran disediakan.



Diantara peserta Kelas Solekan Peribadi (Asas). Gambar-gambar ini dari kamera DSLR saya tanpa sebarang 'editing' komputer pada solekan.

 

 

Berikut adalah maklumat mengenai perkara di atas :
HARI/TARIKH : Sila semak hari/tarikh kelas diadakan di 'sidebar' belah kiri blog
MASA : 12.00 tengahari - sehingga tamat pembelajaran
LOKASI : Eisya Rahman's Makeup Studio, Lestary Chinta Studio, Lot 130, Aras 3, Puteri Park Plaza, Taman Putra, Selangor
PAKAIAN : 'BLACK'
YURAN : RM 180
DEPOSIT : RM50 (baki dibayar pada hari kelas diadakan)
CARA PEMBAYARAN YURAN : Sila emel ke eisya_rahman@ymail.com untuk maklumat lanjut mengenai cara pembayaran.
KENDERAAN AWAM : Anda boleh menaiki LRT ke Stesen Pandan Indah, dari stesen tersebut saya akan menjemput para peserta yg menggunakan kenderaan awam.

Untuk memberi keselesaan dan perhatian kepada para peserta, hanya 4 orang peserta sahaja bagi setiap 1 sesi. Pembayaran deposit adalah sebagai 'confirmation' penyertaan anda (first come first serve), pembayaran tidak akan dikembalikan jika anda membatalkan kehadiran anda.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila email eisya_rahman@ymail.com atau sms ke no. 019-3152377.


Read More......
Related Posts with Thumbnails
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape