Selamat Datang dan terima kasih diucapkan kpd pengunjung dan peminat 'conteng-conteng muka'. Gambar-gambar yg di 'upload' mungkin berbeza dari imej sebenar jika resolusi grafik anda rendah.

KELAS INTENSIF SOLEKAN PENGANTIN


Penyertaan dibuka kepada mereka yang
  • Berminat dan bercita-cita menjadi 'makeup artist'
  • Ingin mengetahui teknik-teknik mengaplikasi kosmetik & peralatan solekan dengan cara  serta teknik yang betul
  • Ingin mengetahui teknik-teknik yang digunakan oleh Eisya Rahman
  • Sentiasa ingin belajar dan menambah kemahiran yang sedia ada
  • Ingin menambah pendapatan sampingan untuk menampung kos hidup masa kini
Anda juga tidak perlu bimbang jika tidak mempunyai peralatan yang cukup untuk belajar solekan pengantin kerana kami menyediakan peralatan & kosmetik sepanjang tempoh pembelajaran. Anda hanya perlu membawa seorang model sahaja. 

Nota, makan/minum ringan untuk peserta dan model, fotografi & sijil akan diberikan. Anda dibenarkan membawa kamera tetapi rakaman video tidak dibenarkan.

Berikut adalah maklumat di atas :

HARI/TARIKH : 20 & 21 Oktober 2012 / Sabtu & Ahad
MASA : 10.30 pagi - sehingga tamat sesi pembelajaran
LOKASI : Lestary Chinta Studio, Lot 130, Aras 3, Puteri Park Plaza, Taman Putra, Ampang, Selangor
YURAN : Kelas selama 2 hari RM650 (4 org peserta sahaja)
DEPOSIT : 50% dari jumlah yuran, baki dibayar semasa kelas diadakan (Pembayaran deposit sebagai 'confirmation' penyertaan anda. Deposit tidak akan dikembalikan jika anda tidak dapat hadir, notis perlu tidak hadir perlu diberi seminggu lebih awal jika ingin deposit dikembalikan bagi mengelakkan kerugian kerana pengambilan peserta yang terhad)
KENDERAAN AWAM : Anda boleh menaiki LRT ke Stesen Pandan Indah, dari stesen tersebut saya akan menjemput para peserta yang menggunakan kenderaan awam.

Untuk memberi keselesaan dan perhatian kepada para peserta, hanya 4 orang peserta sahaja bagi setiap 1 sesi. 

Sebarang pertanyaan mengenai kelas dan berminat untuk menyertainya, sila emel ke eisya_rahman@ymail.com atau SMS/Whatsapp ke 019-3152377 (Eisya)



Read More......
Related Posts with Thumbnails
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape