Selamat Datang dan terima kasih diucapkan kpd pengunjung dan peminat 'conteng-conteng muka'. Gambar-gambar yg di 'upload' mungkin berbeza dari imej sebenar jika resolusi grafik anda rendah.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Di kesempatan ini kami di Lestary Chinta Studio menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf jika terdapat salah dan silap.

Ucapan ini ditujukan khas buat pelangan-pelanggan Lestary Chinta Studio, 'ex-student' kelas Solekan Peribadi & Kelas Solekan Pengantin Touch By Eisya Rahman serta kepada saudara mara dan rakan taulan.

Semoga kedatangan Syawal memberi seribu erti serta membawa barakah kepada kita semua. Teruskan amalan ziarah-menziarahi untuk merapatkan silaturrahim sesama insan. Kepada mereka yang ingin pulang berhari raya di kampung, pandu dengan berhati-hati sehingga selamat sampai ke destinasi untuk beraya bersama-sama orang-orang disayangi.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin


0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails