Selamat Datang dan terima kasih diucapkan kpd pengunjung dan peminat 'conteng-conteng muka'. Gambar-gambar yg di 'upload' mungkin berbeza dari imej sebenar jika resolusi grafik anda rendah.

PESERTA KELAS SOLEKAN PERIBADI (BASIC)

Di bawah ini adalah gambar-gambar para peserta KELAS SOLEKAN PERIBADI (BASIC) oleh Eisya Rahman yg diadakan di Studio Makeup, Lestary Chinta Studio. Gambar-gambar ini hanya menggunakan kamera DSLR saya dan tidak membuat sebarang suntingan (editing) berkomputer pada solekan wajah.

Kelas ini bersesuaian bagi mereka yg tidak tahu menahu langsung (zero knowledge) mengenai solekan dan masih teragak-agak menggunakan penjagaan kulit wajah dengan cara yang betul. Dengan kehadiran anda di kelas ini, walaupun dengan hanya solekan yg paling asas dan tanpa 'eyebrow treading', anda boleh melihat perbezaan wajah sebelum dan selepas di solek oleh para peserta sendiri sambil diberi tunjuk ajar oleh saya. Teknik yg betul juga diajar bagi menutup cela dan kekurangan pada wajah, selain itu para peserta juga dapat mengetahui aura warna yg tepat untuk diri sendiri dan ini dapat membantu dalam pemilihan warna solekan yang bersesuaian, malah kulit wajah anda nampak lebih berseri. Biasanya, teknik mengenali aura warna ini hanya dipelajari sewaktu bengkel imej diri.

Kepada berminat menyertai kelas solekan ini, sila rujuk 'sitebar' pada sebelah kiri blog ini, di situ ada dinyatakan tarikh-tarikh kelas solekan diadakan, tempat adalah terhad untuk memberi keselesaan kepada para peserta dan para peserta dapat diberi tunjuk ajar secara seorang demi seorang supaya apa yg dipelajari sewaktu kelas dapat dipraktikkan selepas tamat sesi kelas ini.

Selain Kelas Solekan Asas ini, anda boleh menyertai kelas lanjutan Kelas Makeup 'Advance' yang akan diajar solekan yang lebih berat & teknik solekan mata terkini, sesuai untuk solekan ke majlis-majlis. Untuk kelas solekan peribadi ini saya tidak membuat kelas 'Basic to Advance' kerana berdasarkan pengalaman yang lepas, peserta lebih faham jika diadakan secara berasingan.

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Kelas Solekan Peribadi ini, anda bolehlah emel atau YM kepada eisya_rahman@ymail.com . See ya



0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape