Selamat Datang dan terima kasih diucapkan kpd pengunjung dan peminat 'conteng-conteng muka'. Gambar-gambar yg di 'upload' mungkin berbeza dari imej sebenar jika resolusi grafik anda rendah.

LESTARY CHINTA STUDIO 'ONLINE CONTEST', EDISI 1 - PERTUNANGAN : 'MELODI INDAH UNTUK CINTA HATIKU'



Salam para pengunjung blog LESTARY CHINTA STUDIO, lama blog ini tidak 'update'. Tetapi post pada kali ini amat ISTIMEWA kerana saya, Eisya Rahman dan team Lestary Chinta sangat-sangat berbesar hati untuk menganjurkan 'Online Contest' Edisi 1 - Pertunangan sempena ulangtahun Lestary Chinta Studio yang pertama.

Untuk menyertai 'Online Contest' ini, sudah pasti ada syarat-syarat yg perlu dipatuhi...so tarik nafas dan baca satu persatu syaratnya yer...lagipun syaratnya tak lah susah macam Puteri Gunung Ledang letakkan syarat pada Sultan Mahmud...hehehehe. Di antara terma dan syarat yg harus dipatuhi oleh peserta adalah :
1. Pertandingan ini dibuka kepada peserta yg PESERTA YG INGIN MELANGSUNGKAN IKATAN PERTUNANGAN di KUALA LUMPUR / SELANGOR DAN PUTRAJAYA SAHAJA.

2. 'Online Contest' ini dibuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA yang berumur 21 tahun ke atas.

3. Peserta perlu mempunyai BLOG sendiri dan menjadi FOLLOWER Lestary Chinta Studio, http://lestary-chinta-studio.blogspot.com/ dan add TouchBy Eisya Rahman di Facebook.

4. Letakkan BANNER / BADGE rasmi 'Online Contest' ini di 'New post' dan di 'Sidebar' blog anda dan juga entri pertandingan. Sila link ke blog LESTARY CHINTA STUDIO.

5. Buat satu (1) entri yang tertajuk LESTARY CHINTA STUDIO 'ONLINE CONTEST', EDISI 1 - PERTUNANGAN : 'MELODI INDAH UNTUK CINTA HATIKU'

6. Dalam entri tersebut, letakkan lirik lagu yang menjadi tema kisah percintaan anda dan ceritakan mengapa lirik lagu tersebut cukup bermakna bagi kisah percintaan anda. Esei tidak perlu meleret-leret jalan ceritanya tetapi cerita anda biarlah ringkas tetapi menarik dan berjaya buat juri pun terasa berada di awang-awangan dengan entri anda. Panjang esei adalah lebih kurang 200 patah perkataan.

7. Sertakan sekeping gambar anda dan pasangan di dalam entri anda (HANYA SEKEPING SAHAJA). Gambar tersebut mesti la dalam keadaan yg SOPAN ye...sbb lesen penuh tak dapat lagi kan...

8. Ceritakan juga serba sedikit secara ringkas kenapa anda berminat dan tertarik dengan perkhidmatan yang disediakan oleh LESTARY CHINTA STUDIO sehingga anda berharap sangat untuk menang dalam 'Online Contest' ini.

9. HADIAH UTAMA hanya untuk 1 (satu) pemenang sahaja, Lima (5) HADIAH SAGUHATI manakala setiap penyertaan akan menerima 'Voucher' potongan harga untuk mana-mana pakej di Lestary Chinta Studio. Ada HADIAH MISTERI untuk peserta yang PERTAMA meninggalkan KOMEN di dalam entri ini.

10. Hadiah utama disediakan sepenuhnya oleh team Lestary Chinta Studio mengikut syarat dan terma yang telah ditetap dan kami juga berhak menarik balik jika pemenang 'Online Contest' ini melanggar mana2 syarat dan terma/pencanggahan tarikh/tiada persetujuan untuk extra pembayaran bagi pengangkutan. Hadiah tidak boleh di tukar dengan wang ringgit (RM).

11. Hadiah boleh digunakan sepanjang tahun sehingga NOVEMBER 2011 (Tertakluk kepada kekosongan tarikh/saiz baju)

12. Setelah siap entri di blog peserta, sila tinggalkan KOMEN di entri ini dan letakan alamat blog anda untuk saya dan para juri melawat dan membaca entri anda. Hanya yg tinggalkan KOMEN DAN ALAMAT BLOG SAHAJA YANG AKAN DI LAYAN. Sebarang surat-menyurat, emel dan sms tidak akan di layan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Mei 2011 sebelum jam 12.00 malam. HADIAH UNTUK 'ONLINE CONTEST' EDISI 1 - PERTUNANGAN ADALAH :

HADIAH UTAMA


PAKEJ PERTUNANGAN LESTARY CHINTA

  • Mini Pelamin dan hiasan
  • Makeup 1 x by Eisya Rahman
  • Sanggul/tataris pemakaian tudung
  • Aksesori dan Selendang/Vail
  • Pakaian Pertunangan
  • 7 Hiasan Gubahan Hantaran
  • 7 Dulang berserta alas
  • Bunga Tangan 'Fresh Flower'
  • Fotografi untuk Photobook (8 x 12) 20 m/s termasuk editing dan disertakan sekali lirik lagu di dalam entri pemenang

LIMA (5) HADIAH SAGUHATI

  • 'Voucher' 25% untuk mana-mana Pakej Lestary Chinta Studio

HADIAH PENYERTAAN

  • 'Voucher' 10% untuk mana-mana Pakej Lestary Chinta Studio

Sila emel kepada saya, Eisya Rahman untuk saya emelkan BANNER/BADGE dan kandungan entri ini untuk diletakan di blog para peserta kerana anda tidak boleh 'copy & paste' dari blog ini. Sebarang pertanyaan atau persoalan, sila emel ke eisya_rahman@ymail.com .

SELAMAT BERJAYA DARI SAYA DAN TEAM LESTARY CHINTA STUDIO

IMPIAN ANDA INSPIRASI KAMI

13 ulasan:

Luv Me Cinta | 31 Januari 2011 7:57 PTG

bestla contest ni kak, i will do my best chewahh!!~

Eisya Rahman | 1 Februari 2011 5:18 PTG

Luv Me Cinta,
Good luck dear, habis entri cepat2 masukkan nama blog kat sini ye. Entri pertama ada hadiah misteri :-)

mj | 10 Februari 2011 6:23 PG

saya dah tunang.. tapi nak join lagi leh? ane tau dapat less ntok pakej kahwin bulan november ni :)

Lestary Chinta Team | 10 Februari 2011 7:37 PG

MJ - boleh je, citer best2 nanti dapat voucher diskaun :-), nanti bg alamat emel untuk kami berikan entri contest ini ye...

MaryamJamilah | 10 Februari 2011 8:10 PG

Ok.. sudah siap..

http://www.belogmj.com/2011/02/lestary-chinta-studio-online-contest.html

Heee.. terima tak? cukup syarat tak ni?

Eisya Rahman | 10 Februari 2011 8:57 PG

MJ - mesti la layak terima voucher ni. So tunggu after 28 Februari 2011, Kak sha akan senaraikan nama2 pemenang. Tq MJ

Luv Me Cinta | 13 Februari 2011 11:44 PTG

entri pertama dpt hadiah misteri ke kak?sy dah lama bt entri tu tp xsempat nak taip nama blog kat sini....ni my blog lovemecinta@blogspot.com

Luv Me Cinta | 14 Februari 2011 12:50 PG

Kak, ni link for my entri.Tq

http://lovemecinta.blogspot.com/2011/02/lestary-chinta-studio-online-contest_02.html

mALd!EyA | 1 Mac 2011 6:15 PTG

hye sis..nice blog..besynye de contest..heehe..
sy pon da tunang n plan sanding on november insyaALLAH...nk masok ley?ke..kne tunggu contest tok couple yg nk kawen plak..hehe...

note:sgt suke ur mekap on pertunangan kt kjg tu..(azie kot)yg kale bru..=p

nsaz | 18 Mei 2011 9:29 PTG

saya kan bertunang bulan 10 ni...nak buat simple..tp nak try dis contest....dekat je saya tinggal bandar tun hussein onn cheras

Curve ofMy LiFe | 24 Mei 2011 4:42 PTG

contest ni da tutup ke??? bukan 31 mei ke???kenapa kat fb 28 feb???

Curve ofMy LiFe | 24 Mei 2011 5:41 PTG

sudah menyertai..semoga pertandingan ini masih wujud seperti banner di atas

ini blog spot saya:

http://curveofmylife.blogspot.com/2011/05/lestary-chinta-studio-online-contest.html

EISYA RAHMAN | 24 Mei 2011 9:37 PTG

Curve ofmylife, Penyertaan diteruskan atas kerana ada masalah teknikal ngan login blogspot. Sila 'Like' Lestary Chinta Studio Page. Touchby Eisya Rahman dah kena Hacks.

Nsaz,sila cek email ya.

Untuk para peserta, kami memerlukan paling kirang 15 penyertaan dan pemenang akan dipilih. Jika penyertaan tidak sampai 15 penyertaan setiap peserta akan diberikan voucher potongan harga dan hadiah misteri yang merupakan barangan kosmetik...

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails